MY TOK RANDOK
Monday, 28 September 2015
Sekolah Kebangsaan Tok Randok
Sekolah Kebangsaan Tok Randok (SKTR) ditubuhkan pada 01 Jun 2002 yang didirikan kerajaan dengan keluasan tanah 4 hektar, di alamat 21800 Ajil, Hulu Terengganu. Terengganu Darul Iman. Terdiri dari seorang Guru Besar yang pertama bernama En. Alias bin Said, seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah dan 5 orang Guru Penolong. Enrolmen pelajar seramai 129 orang (54 Lelaki dan 75 Perempuan) yang terdiri dari sebahagian dari murid sekolah berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Diman, Ajil. Hulu Terengganu. Pada ketika itu semua pelajar berkenaan masih menumpang di Sekolah Kebangsaan Bukit Diman sementara sekolah ini beroperasi sepenuhnya.
Masjid Hadhari Kampung Tok Randok
Masjid ini Telah Dibina Sepenuhnya Pada Akhir Tahun 2011 . Anggaran Masjid Ini Boleh Menampung Seramai 1000 Jemaah Dalam Suatu Masa . Kini Bermula Pada Bulan Mac , Masjid Ini Telah Dibuka Untuk Solat Jumaat .
Kakna Collections merupakan pengusaha jahitan kelahiran tempatan dan mendapat sokongan daripada Yayasan Pembangunan Ushawan (YPU), Terengganu.Puan Sarihana Binti Abd Rahim adalah anak kelahiran Ajil, Terengganu dan menetap di Kampung Tok Randok. Puan Sarihana atau lebih mesra dikenali sebagai Kakna telah berkecimpung dalam bidang jahitan ini hampir 30 tahun.
Subscribe to:
Posts (Atom)